The Great

WELCOME...

Saturday 17 March 2012

Sejarah


PRODUK TEMPATAN
DI NEGARA KITA
PERUSAHAAN CENCALUK
DI TANJUNG KELING, MELAKA
NAMA            : MUHAMMAD RUSHDY BIN ROSSTAM
KELAS            : 3 CEMERLANG
SEKOLAH      : THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR
NAMA GURU : EN. SAIFULIZAN


SENARAI KANDUNGAN

     TAJUK                                                                                         HALAMAN

1)      Penghargaan
2)      Objektif Kajian
3)      Kaedah Kajian
4)      Hasil Kajian
5)      Rumusan
6)      Lampiran
7)      Rujukan





PENGHARGAAN

       Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik Anand bin Baharuddin, Pengetua The Malay College Kuala Kangsar kerana telah memberi kebenaran dan sokongan untuk menjalankan kajian ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Saifulizan selaku guru subjek Sejarah yang telah banyak memberi panduan dan bimbingan kepada saya sepanjang pembikinan folio ini.

      Selain itu, saya juga ingin mencurahkan penghargaan yang tidak terhitung jumlahnya kepada kedua-dua ibu bapa saya yang telah banyak memberi sokongan moral serta membiayai segala kos yang diperlukan bagi menyipkan tugasan ini. Tidak lupa juga ribuan terima kasih ditujukan kepada rakan-rakan saya yang membantu saya dalam perkongsian maklumat dan pemberian panduan tambahan. Tanpa bantuan individu-individu di atas, tidaklah selesai tugasan yang cukup bermakna ini buat saya.





OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Kajian yang dijalankan ialah supaya pelajar dapat :-

1)      Mendefinisikan konsep dan jenis produk tempatan di negara kita.
2)      Menghuraikan dan menjelaskan maklumat asas produk tempatan.
3)      Menghuraikan dan menjelaskan latar belakang produk tempatan.
4)      Menyatakan dan menjelaskan kaedah atau cara penghasilan produk tempatan.
5)      Menyatakan dan menjelaskan perkembangan produk tempatan.








KAEDAH KAJIAN

     Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, pelbagai kaedah telah saya gunakan dan praktikkan sepanjang proses pengumpulan bahan dan maklumat. Antara kaedah yang telah saya gunakan ialah melalui pemerhatian. Saya telah melakukan pemerhatian yang cekap terhadap kawasan,aktiviti,kemudahan serta sebagainya yang terdapat di pekan Kuala Sg. Baru, Masjid Tanah, Melaka. Saya telah melakukan pemerhatian selama beberapa hari di kawasan kajian semasa cuti sekolah.

    Selain itu, saya turut melakukan rujukan terhadap kawasan kajian , iaitu pekan Kuala Sg. Baru, Masjid Tanah, Melaka melalui beberapa individu- individu sukarela yang sanggup menemu bual bersama saya. Saya telah berjaya mendapatkan maklumat tambahan berkaitan sejarah, latar belakang serta pelbagai maklumat dan panduan tambahan tentang kawasan kajian melalui kaedah ini. Individu- individu  tersebut  telah banyak membantu sepanjang proses pengumpulan maklumat bagi menyiapkan tugasan ini.




HASIL KAJIAN
1.      Maklumat asas produk tempatan

        Pada cuti sekolah penggal pertama yang lepas, saya telah membuat penyelidikan berkenaan dengan produk tempatan. Produk tersebut merupakan cencaluk dan terdiri daripada kategori makanan. Syarikat yang menjadi kajian saya ialah syarikat Norisma Sdn. Bhd. Yang terletak di Sungai Udang, Alor Gajah, Melaka.
       Saya memilih untuk mengkaji produk ini kerana lokasi kajian produk ini terletak berhampiran dengan rumah saya iaitu 23 km dan mengambil masa kira-kira 15 minit untuk ke sana. Syarikat yang menghasilkan produk ini sangat berbesar hati untuk berkongsi maklumat tentang syarikat mereka kepada saya.
       







2.      Latar belakang produk
        Cencaluk ialah sejenis lauk dalam hidangan tradisional Melaka. Oleh sebab ia dibuat daripada udang halus yang lebih dikenali sebagai udang geragau, cencaluk mengandungi kandungan protein yang tinggi.
        Kebiasaannya, udang geragau ini sukar didapati. Di negeri Melaka, udang ini boleh didapati pada musim tertentu di Pantai Klebang, Limbongan, Tanjung Kling dan beberapa kawasan pesisiran pantai yang lain.
          Melaka bukan sahaja terkenal dengan kesan peninggalan sejarahnya yang menarik lagi unik, malah tidak ketinggalan juga dari segi makanannya yang amat lazat lagi menyelerakan. Apabila kita menyebut mengenai makanan yang terdapat di Melaka, pasti kita akan teringatkan cencaluk.
        Mengikut kepercayaan lama yang telah menjadi kata-kata senda gurau pula, kononnya jika pada hari perkahwinan seseorang itu, hujan turun sepanjang hari, maka dikatakan bahawa mempelai suka makan cencaluk. Namun itu semua hanyalah cerita lama.
         Makanan ini yang suatu ketika dulu dipelopori oleh masyarakat Melayu di Melaka kini lebih digemari oleh semua lapisan masyarakat, bukan sahaja di tempat asalnya, malahan sudah melangkaui sempadan Malaysia. Ia juga menjadi satu keperluan atau lauk semasa menikmati hidangan nasi dan ada juga yang menjadikan petai atau jering sebagai ulam semasa memakan cencaluk.
         
          Kini, perusahaan membuat cencaluk semakin mendapat tempat di kalangan penduduk di beberapa kawasan di negeri Melaka. Kerajaan negeri sendiri sudah menetapkan kawasan Dewan Undangan Negeri Kawasan Sungai Udang sebagai kawasan mengeluarkan cencaluk di dalam rancangan 'Satu DUN Satu Produk'.
          Selain itu, cencaluk juga kini mudah diperolehi menerusi penjualan yang terbuka seperti di tepi jalan raya serta di pasar-pasar sekitar negeri ini. Bagi mereka yang melalui pesisiran kawasan Tanjung Kling ke Sungai Udang, pasti akan dapat melihat deretan gerai yang menjual cencaluk dan juga belacan.













3.      Proses membuat cencaluk

       Proses pembuatan cencaluk memerlukan beberapa kaedah untuk membuatnya dan ia perlu dilakukan dengan teliti bagi memastikan mutu serta kualiti cencaluk itu sedap dirasa apabila dimakan.
Bahan- bahan yang diperlukan:
-          Udang geragau atau udang kapas
-          Garam
-          Air
-          nasi
      Udang geragau yang segar, iaitu tanpa direndam dengan air, akan dicampurkan dengan garam, dan sedikit nasi, iaitu sama seperti bahan- bahan untuk membuat belacan. Setelah ketiga-tiga bahan sudah menjadi sebati, ia seterusnya akan dimasukkan ke dalam sebuah bekas, iaitu pasu, guri atau tempayan kecil. Pasu dan tempayan kecil itu kemudiannya ditutup dengan kain bersih untuk diperam selama tiga hari. Ada juga pembuat cencaluk yang menambahkan sedikit air didih nasi bagi menambah kesedapan cencaluk.
      


        Apabila cencaluk sudah diperam dan sesuai untuk dimakan, ia boleh disedapkan lagi sewaktu dimakan sebagai lauk dengan nasi melalui dua cara:
-           cencaluk dicampur dengan lada basah dan bawang besar yang dihiris. Kemudian ia akan dicampur dengan perahan limau nipis atau limau kasturi; ataupun

-          cencaluk dicampurkan dengan sedikit lada basah dan sehiris dua halia, kemudian digoreng dengan telur.














4.      Perkembangan produk

          Produk cencaluk ini sudah banyak diusahakan sekiar kawasan Melaka dan menjadi makanan utama penduduk tempatan apabila tibanya hari kenduri terutamanya kenduri kahwin. Selain itu, cencalok juga popular dalam kalangan penduduk kerana tekstur rasanya yang sedap dan menepati citarasa. Kebanyakan pengguna menjadikan cencalok sebagai lauk selain boleh dijadikan kuah dan perasa tambahan bagi masakan seperti nasi goreng, mee goreng dan lain- lain lagi.

2 comments: