PERNIAGAAN RUNCIT PASAR MALAM
DI
PEKAN KUALA SG.BARU
78200 KUALA SG. BARU, MELAKA
NAMA : MUHAMMAD RUSHDY BIN
ROSSTAM
KELAS : 3 CEMERLANG
SEKOLAH : THE MALAY COLLEGE KUALA
KANGSAR
NAMA GURU : CIK SITI MARIAM
SENARAI
KANDUNGAN
TAJUK
HALAMAN
1) Penghargaan
2) Pendahuluan
3) Objektif Kajian
4) Kawasan Kajian
5) Kaedah Kajian
6) Dapatan Kajian
7) Rumusan
8) Lampiran
9) Rujukan
10) Bukti ( borang soal selidik, tembu bual dan
surat-surat
yang
berkaitan )
PENGHARGAAN
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik Anand bin Baharuddin, Pengetua
The Malay College Kuala Kangsar kerana telah memberi kebenaran dan sokongan
untuk menjalankan kajian ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Cik Siti Mariam selaku guru subjek Geografi yang telah banyak memberi panduan
dan bimbingan kepada saya sepanjang pembikinan folio ini.
Selain itu, saya juga ingin mencurahkan
penghargaan yang tidak terhitung jumlahnya kepada kedua-dua ibu bapa saya yang
telah banyak memberi sokongan moral serta membiayai segala kos yang diperlukan bagi
menyipkan tugasan ini. Tidak lupa juga ribuan terima kasih ditujukan kepada
rakan-rakan saya yang membantu saya dalam perkongsian maklumat dan pemberian
panduan tambahan. Tanpa bantuan individu-individu di atas, tidaklah selesai
tugasan yang cukup bermakna ini buat saya.
1
PENDAHULUAN
Saya telah memilih untuk membuat tajuk
kajian tentang perniagaan runcit iaitu pasar malam yang diadakan
pada setiap malam Jumaat, Sabtu dan Ahad di Pekan Kuala Sg. Baru, Masjid
Tanah, Melaka.
Saya memilih tajuk ini kerana sumbangan
saya dalam mempromosikan kegiatan perniagaan runcit di sini sangat diperlukan
untuk menjadikan tempat ini sebagai salah satu tempat tumpuan pembeli
seterusnya menkomersialkan tempat ini sebagai tempat yang menarik.
Saya menjalankan kajian ini semasa cuti
persekolahan penggal pertama. Kajian ini mengambil masa seminggu iaitu dari 12
Mac sehingga 18 Mac. Saya menulis laporan kajian ini secara individu
berdasarkan maklumat yang dikumpulkan secara individu dengan bantuan beberapa
pihak yang lain seperti keluarga dan rakan-rakan. Laporan kajian ini berjaya
disiapkan dalam masa 3 bulan iaitu dari bulan Mac sehingga bulan Mei.
2
OBJEKTIF
KAJIAN
Objektif Kajian yang
dijalankan ialah supaya pelajar dapat :-
1) Mendefinisikan konsep dan jenis
perniagaan runcit di pasar minggu pekan Kuala Sg. Baru.
2) Menghuraikan dan menjelaskan kepentingan
perniagaan runcit di pekan Kuala Sg. Baru.
3) Menghuraikan dan menjelaskan faktor yang
mempengaruhi perniagaan runcit di pecan Kuala Sg. Baru.
4) Menghuraikan kesan negatif perniagaan
runcit di pekan Kuala Sg. Baru.
5) Mencadangkan langkah untuk mengurangkan
kesan kesan negatif perniagaan runcit di pekan Kuala Sg. Baru.
6) Memupuk nilai mencintai alam sekitar dan
meningkatkan semangat bekerjasama untuk mengatasi masalah kesan negatif
perniagaan runcit di pekan Kuala Sg. Baru.
3
KAWASAN
KAJIAN
Kajian ini telah dijalankan di pekan Kuala
Sg. Baru, Masjid Tanah, Melaka. Kawasan ini telah dibuka sejak dari tahun 1992 dan masih dibuka sehingga
sekarang. Pasar minggu ini diadakan pada setiap hari sabtu bermula 5.00 petang hingga 1.00 malam. Pelbagai barangan dijual
seperti barang runcit, sayur- sayuran, makanan, minuman, kelengkapan diri,
aksesori dan lain-lain.
Lokasi pasar minggu ini ialah di pekan Kuala Sg. Baru, Masjid Tanah,
Melaka. Pekan Kuala Sg. Baru ini mempunyai bentuk muka bumi yang rata dan
menggalakkan tumpuan penduduk dalam perumahan. Pekerjaan utama penduduk ialah
dalam sektor perniagaan dan sesetengahnya menjalankan perindusrian asas tani
secara kecil- kecilan.
Lokasi kawasan kajian ini terletak 21
kilometer dari Bandar Masjid Tanah, mengambil masa kira- kira 15 minit dan 19
km dari tempat tinggal saya, mengambil masa kira- kira 13 minit.
4
PETA KAJIAN
1) Lukis Peta Daerah /
Zon Batu Pahat
i) Tajuk dan Bingkai [1 m ]
ii) Nama kawasan kajian
dan arah mata angin [ 1 m]
nota : tandakan kawasan
kajian
2) Peta Pekan Parit
Sulong
( pelajar diminta
melukis peta kawasan kajian tempat mereka menjalankan kajian) = kena lukis
sendiri dan lengkapkan dengan
i) Tajuk dan
Bingkai [1 m]
ii) Arah mata angin dan
petunjuk [ 1 m]
iii) Simbol Piawai [ 1
m ]
iv) Kekemasan dan
kesempurnaan peta [ 1 m ]
5
KAEDAH
KAJIAN
Sepanjang menjalankan kerja kursus ini,
pelbagai kaedah telah saya gunakan dan praktikkan sepanjang proses pengumpulan
bahan dan maklumat. Antara kaedah yang telah saya gunakan ialah melalui
pemerhatian. Saya telah melakukan pemerhatian yang cekap terhadap
kawasan,aktiviti,kemudahan serta sebagainya yang terdapat di pekan Kuala Sg.
Baru, Masjid Tanah, Melaka. Saya telah melakukan pemerhatian selama beberapa
hari di kawasan kajian semasa cuti sekolah.
Selain itu, saya turut melakukan rujukan
terhadap kawasan kajian , iaitu pekan Kuala Sg. Baru, Masjid Tanah, Melaka
melalui beberapa individu- individu sukarela yang sanggup menemu bual bersama
saya. Saya telah berjaya mendapatkan maklumat tambahan berkaitan sejarah, latar
belakang serta pelbagai maklumat dan panduan tambahan tentang kawasan kajian
melalui kaedah ini. Individu- individu tersebut telah banyak membantu sepanjang proses
pengumpulan maklumat bagi menyiapkan tugasan ini.
6
DAPATAN
KAJIAN
8.1 Konsep dan jenis perniagaan runcit di kawasan
kajian
Menurut buku teks perdagangan tingkatan
empat, perniagaan runcit ialah perniagaan yang menjalankan urusniaga menjual
kepada pengguna terakhir dalam kuantiti yang sedikit untuk kegunaan penggna dan
pembeli. Jenis perniagaan runcit yang terdapat di kawasan kajian ini ialah
perniagaan runcit kecil-kecilan sahaja. Sebagai contohnya perniagaan secara
lambak terhadap barang mainan, sayur- sayur borong dijual dengan kadar harga
yang berpatutan dan sesuai dengan keadaan ekonomi penduduk dan barang makanan
yang menepati citarasa penduduk sekitar ada dijual.
7
8.2 Kepentingan perniagaan runcit di kawasan
kajian
Melalui
pembukaan kawasan perniagaan ini, ia dapat menyediakan peluang pekerjaan dan
seterusnya memperbaiki ekonomi penduduk sekitar dari dilanda kemiskinan atau
pengangguran. Perniagaan pasar minggu ini dapat menyediakan peluang pekerjaan
kepada peniaga-peniaga kecil. Sebagai contohnya, peniaga di pasar yang menjual
barang- barang mentah dapat menggiatkan lagi penjualan mereka melalui pasar
malam yang diadakan ini. Selain itu, pemborong
juga dapat menghabiskan jualan mereka melalui pasar malam yang diadakan
ini.
Selain daripada isu ekonomi, pasar malam
yang diadakan ini dapat meningkatkan taraf hidup atau pendapatan penduduk. Perniagaan
pasar minggu ini dapat memberi peluang kepada peniaga untuk menjalankan
kegiatan jual beli dengan lebih giat lagi.
Kepentingan pasar malam ini juga ialah
dapat memudahkan penduduk sekitar membeli barangan. Pasar malam ini menyediakan
pelbagai barangan dan pembeli tidak perlu ke bandar Masjid Tanah yang jaraknya
jauh dan penduduk kurang kemudahan untuk ke sana. Selain itu, ia dapat
menjimatkan masa dan kos yang diperuntukkan oleh penduduk untuk ke Bandar utama
iaitu banda Masjid Tanah, Melaka.
Seterusnya, membolehkan penduduk tempatan
memasarkan barangan jualan mereka. Pasar minggu ini memberi peluang kepada
penduduk tempatan untuk memasarkan barangan yang telah dicipta dan sedia untuk
dipasarkan melalui pasar malam ini.
8
Di samping itu, pasar mala mini dapat menyediakan
barangan- barangan mentah yang segar. Pasar minggu ini menjual barangan yang
segar seperti ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan dengan harga yang berpatutan.
Saya bersyukur kerana melalui pemantauan
yang telah saya jalankan bagi menyelesaikan tugasan ini, saya telah dapat
mengetahui tentang kepentingan pembukaan pasar malam di pekan Kuala Sg. Baru
terhadap pelbagai pihak. Tambahan pula, ia membuatkan saya sedar tentang betapa
pentingnya pembukaan pasar malam di pekan Kuala Sg. Baru ini terhadap penduduk
sekitar.
9
8.3
Faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit di kawasan kajian
Melalui pemanauan saya sepanjang
penyelidikan terhadap kegiatan pasar malam ini, saya telah mendapat beberapa
faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit di kawasan kajian saya ini. Faktor
pertama yang mempengaruhi perniagaan runcit di kawasan kajian ini ialah
governan. Kerajaan telah menyediakan tapak-tapak perniagaan kepada peniaga yang
ingin menjalankan perniagaan.
Seterusnya ialah faktor modal yang kecil.
Pasar minggu ini tidak memerlukan modal yang besar. Kebanyakan peniaga
mengeluarkan modal yang kecil antara RM 200 – RM 300 untuk berniaga di pasar
minggu ini dan hasilnya, keuntungan yang berpatutan dapat diperoleh oleh
peniaga.
Faktor yang ketiga ialah faktor
infrastruktur dan kawasan yang stratergik. Terdapat pelbagai infrastruktur yang
disediakan oleh governan dalam mengembangkan kawasan ini. Antaranya ialah tapak
perniagaan yang selesa dan strategik, tempat meletakkan kenderaan yang luas dan
tempat pembuangan sampah yang sistematik.
Pertambahan penduduk merupakan faktor yang
keempat. Tahun ke tahun, tempat ini semakin mengembang maju dan menggalakkan
pertambahan penduduk. Kebiasaannya pasar minggu ini menjadi tumpuan penduduk untuk
membeli belah. Ini disebabkan oleh bilangan penduduk di kawasan ini yang
semakin bertambah dan majoritinya terdiri daripada golongan sederhana.
10
Saya bersyukur kerana melalui kajian
yang telah saya lakukan, saya telah mempelajari faktor-faktor yang mempengaruhi
perniagaan runcit di kawasan kajian. Kajian ini telah menyebabkan saya sedar
bahawa pentingnya untuk masyarakat menggunakan peluang untuk meningkatkan taraf
ekonomi diri sendiri bagi menjadikan wawasan 2020 menjadi kenyataan.
11
8.4 Kesan negatif perniagaan runcit di kawasan
kajian
Ketika melaksanakan kerja kursus ini,
terdapat beberapa kesan negatif yang telah dikenalpasti. Pertamanya ialah
masalah social dalam kalangan penduduk sekitar. Pasar minggu ini menjadi tempat
pelajar sekolah berlepak dan melakukan perbuatan yang sumbang seperti
berpegangan tangan dan memakai pakaian yang kurang sopan.
Selain itu, persaingan dengan kedai
runcit tempatan. Kebanyakan kedai runcit menjual barangan- barangan dari jenis
dan kualiti yang sama dan ini telah menyebabkan persaingan antara kedai runcit.
Keadaan ini boleh menyebabkan rasa tidak puashati kerana pelanggan kedai runcit
tempatan akan kehilangan pelanggan dan akibatnya mereka akan mengalami
kerugian.
Di samping itu, terdapat pencemaran
yang berlaku di kawasan ini. Kebiasaannya selepas habis berniaga, persekitaran
kawasan pasar minggu ini akan dipenuhi dengan sampah sarap. Hal ini disebabkan
oleh sikap pengguna dan peniaga yang tidak bertanggungjawab menjaga kebersihan
kawasan sekeliling.
Kesan negative yang keempat ialah
masalah kesesakan lalu lintas. Masalah kesesakan lalu lintas sering berlaku kerana
pengunjung suka meletakkan kenderaan mereka sesuka hati. Kenderaan kecil
seperti motorsikal pula senang- senang sahaja ditunggang oleh pengguna untuk
melalui laluan gerai- gerai di kawasan ini.
12
Saya bersyukur kerana melalui penyiapan
tugasan ini, saya telah dapat mengetahui tentang kesan-kesan yang timbul
daripada pembukaan kawasan ini. Hal ini menimbulkan rasa prihatin dalam diri
saya sebagai seorang rakyat Malaysia untuk menjaga tingkah laku dan kebersihan
kawasan ini.
13
8.5
Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Negatif Perniagaan Runcit di Kawasan Kajian
Kita telah sedia maklum tentang
kesan-kesan yang timbul akibat daripada gangguan ekosistem hutan. Berikut
merupakan cadangan yang saya fikirkan terbaik bagi mengatasi masalah ini
daripada terus berlaku tanpa kawalan.
Pertamanya ialah penguatkuasaan undang-
undang. Pihak berkuasa hendaklah mengenakan denda dan hukuman yang berat kepada
peniaga dan pengguna yang tidak bertanggungjawab ketika menjalankan kegiatan menjual
beli.
Keduanya ialah pengawalan harga.
Kerajaan perlulah sentiasa memantau dan mengawal harga barangan yang dijual.
Selain itu, harga barangan mengikut skala bolehlah diletakkan di kawasan
perniagaan tersebut.
Ketiganya ialah mengadakan kempen
kesedaran. Kempen yang diadakan boleh gunakan risalah seperti menampal poster
dan banner bagi memberi kesedaran kepada pengunjung dan peniaga.
Saya berasa sangat bebangga terhadap diri
saya kerana saya dapat menyumbangkan cadangan saya bagi mengatasi masalah kesan
negetif yang berlaku di kawasan kajian ini. Saya juga dapat menyedari akan
kepentingan mencegah diri saya daripada terjebak dengan gejala negative di
kawasan kajian ini.
14
Bahan
Grafik
- Pelajar boleh memilih
untuk menggunakan dua bahan grafik :-
i) Jadual
ii) Carta Pai
iii) Peta Minda
- Bahan grafik boleh
diletakkan di mana-mana aspek dapatan kajian yang sesuai.
15
RUMUSAN
Rumusan yang dapat saya buat melalui
kajian ini ialah perniagaan runcit pasar malam ini banyak memberi manfaat
kepada peniaga dan pengunjung. Peniaga yang menjalankan kegiatan mereka di sini
dapat menambah pendapatan seterusnya menstabilkan ekonomi mereka mereka
manakala pembeli dapat membeli barangan keperluan harian dengan mudah dan dapat
menjimatkan masa.
Saya telah dapat merumuskan kajian yang
saya lakukan ini dengan baik dan teliti. Saya juga dapat menerapkan unsur nilai
murni dalam diri saya terhadap kegiatan perniagaan runcit di pasar malam di
pekan Kuala Sg. Baru ini.
16
LAMPIRAN
Surat pengenalan diri calon
Surat kebenaran membuat kajian
Surat makluman kepada ibu bapa/penjaga
Surat kebenaran ibu/bapa penjaga
Borang soal selidik
Gambar / foto yang berkaitan
Bahan daripada pelbagai sumber seperti
majalah, surat khabar dan internet
17
RUJUKAN
1) Buku Teks Perdagangan Tingkatan Empat.
3) Internet
4) Orang Sumber
i) En. Hamdan bin Othman
No. K/P: 670412- 04- 5648
18
JADUAL : Jenis Barangan Yang Dijual di Pasar
Minggu Pekan Parit Sulong Batu Pahat Johor
1. Jenis Barangan Yang
Diperniagakan
Jenis Barangan
|
Jumlah Gerai
|
Makanan
|
14
|
Minuman
|
10
|
Buah-
buahan
|
2
|
Pakaian-
kasut/ baju/ seluar/ kain
|
4
|
Ayam/
daging/ ikan
|
3
|
Sayur-
sayuran
|
5
|
Catatan : Daripada
jadual di atas pelajar boleh membina graf bar untuk menunjukkan jenis barangan
yang diperniagakan di pasar minggu
pekan Parit Sulong.
19
2. Kesan Negatif Perniagaan Runcit Pasar Minggu
di Pekan Kuala Sg. Baru, Melaka.
Kesan
|
(X)
|
Masalah
sosial
|
X
|
Persaingan
dengan kedai runcit tempatan
|
X
|
Pencemaran
|
X
|
Kesesakan
lalulintas
|
X
|
Wabak
penyakit
|
|
Harga
tanpa kawalan
|
X
|
Barangan
tidak berkualiti
|
X
|
Pembaziran
( masa/ wang)
|
|
PETUNJUK
( X ) - Ada
20