KOMSAS FORM 2-
ERTI SEBUAH PERNGORBANAN
Tema
Kegigihan
dan kecekalan hati seorang anak yang menjadi mangsa perceraian kedua-dua orang
tuanya dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup.
Watak
Boleh dibahagikan berdasarkan keluarga (Iman), rakan dan
guru.
Keluarga Iman
Zulaikha
Iman Zulaikha
binti Yusri
Remaja berusia 13 tahun yang belajar di kelas 1 Dinamik.
Pemidato sekolah yang menjuarai peringkat daerah. Berpencapaian tinggi dalam
akademik. Ibu bapa berkedudukan tinggi, tetapi sayangnya telah berpisah. Tinggal
buat sementara dengan datuk nenek di kampung berhampiran Seremban, Negeri
Sembilan, justeru ibu (Ruhaida) menyambung pengajian Ph.D di New Zealand.
Yusri (bapa
Iman)
Bekas pensyarah yang beralih ke bidang perniagaan
perhotelan. Berpisah dengan cara baik, tetapi mengekalkan hubungan demi
kebaikan Iman Zulaikha. Berhasrat untuk berkahwin baharu dengan Mak Cik Sofia,
ibu tunggal kepada Adif Danial, rakan sekelas Iman. Membatalkan niat itu,
sebaliknya kembali membina keluarga yang runtuh ekoran "tentangan" di
pihak Iman dan Adif Danial.
Ruhaida (ibu
Iman)
Pensyarah kolej yang sedang menyambung pengajian
peringkat doktor falsafah di New Zealand. Sentiasa berhubung dengan Iman
Zulaikha lewat e-mel. Terlantar di hospital di sana sepuluh hari akibat kemalangan.
Masih berutus berita dengan Yusri, bekas suami. Buktinya, Yusri hadir dalam
pertandingan pidato yang disertai Iman menerusi makluman Ruhaida.
Nenek Iman
Ibu kepada Ruhaida, bekas mertua kepada Yusri. Menjaga
Iman Zulaikha yang ditinggalkan di kampung. Percakapannya teratur apabila
menasihatkan Iman supaya tidak menaruh prasangka terhadap ibunya kerana lama
tidak mengirim balasan e-mel.
Datuk Iman
Bapa Ruhaida, bekas bapa mertua Yusri. Tenang dalam tutur
kata, pendapat dan membuat keputusan.
Pak Su Razlan
(bapa saudara Iman)
Anak bongsu datuk dan nenek Iman. Bapa saudara Iman.
Baharu tamat pengajian dalam bidang pentadbiran perniagaan di universiti yang
sama dengan Kak Ngahnya, Ruhaida di New Zealand.Terlepas cakap tentang Ruhaida
yang dilihatnya berjalan dengan seorang lelaki Inggeris (mungkin Albert yang
disebut dalam e-mel Ruhaida kepada Iman).
Pei Wen
Teman karib Iman Zulaikha. Sekelas dan berjiran. Sentiasa
menyokong Iman Zulaikha, selain saling berkongsi suka duka. Mulanya hubungan
dengan ibu tiri tegang, tetapi pulih setelah menuruti nasihat nenek Iman supaya
membantu kerja di rumah.
Adif Danial
Anak Mak Cik Sofia, ibu tunggal yang hendak dikahwini
Yusri. Tidak bersetuju dengan cadangan itu, lalu menunujukkan bantahan dengan
menjauhi Iman walaupun pada mulanya bersikap mesra. Kesempatan itu disambar
oleh Linda untuk rapat dengannya. Berjaya memintas Iman Zulaikha untuk
menduduki tempat pertama dalam peperiksaan.
Zulkarnain
Sekumpulan dengan Iman Zulaikha dalam tugasan yang diberi
oleh guru. Menemani Adif Danial berkunjung ke rumah datuk nenek Iman untuk
memohon maaf. Melafazkan secara terbuka bahawa dia sukakan Pei Wen.
Norazlinda
Borhan (Linda)
Saingan ketat Iman Zulaikha. Penolong ketua darjah yang
gemar menonjol diri. Sanggup menggunakan kekerasan dengan menolak Iman hingga
tercedera. Kalah dalam perebutan tempat wakil sekolah ke pertandingan pidato
peringkat daerah. Melakukan sabotaj dengan mengambil diari Iman yang
mengandungi teks pidato dan kad catatan ringkas isi pidato. Akhirnya terbongkar,
tetapi dimaafkan oleh Iman Zulaikha.
Ai Ling
Mencadangkan Iman Zulaikha sebagai wakil sekolah
berdasarkan rekod kemenangan tiga kali Iman sebelumnya.
Nazim
Ketua kelas 1 Dinamik. Meminta kepastian Cikgu Julia
tentang pemilihan wakil pidato sekolah.
Cikgu Julia
Guru Bahasa Melayu yang disenangi Iman Zulaikha hingga ke
tahap meluah perasaan tentang hal-hal peribadi.
Cikgu
Shaharuddin
Guru disiplin yang menyiasat kes kehilangan diari Iman
Zulaikha.
Mak Cik Sofia
(ibu Adif Danial)
Mirip ciri Ruhaida pada mata Iman Zulaikha. Turut
berkunjung ke majlis kenduri kesyukuran di rumah datuk nenek Iman Zulaikha.
Berhasrat membawa balik Adif Danial bersekolah semula di Kuala Lumpur.
Perwatakan
Perwatakan 1: Tegas
Contoh peristiwa: Iman Zulaikha enggan
menarik diri daripada pertandingan pidato walaupun diberi kata dua oleh Linda.
Perwatakan 2: Berterus terang
Pei Wen berkongsi masalah hubungannya dengan ibu tiri kepada
Iman Zulaikha, malah bersetuju mendapatkan nasikat datuk Iman supaya hubungan
dipulihkan.
Perwatakan 3: Penyayang
Yusri kerap melawat Iman Zulaikha dan
bekas ibu bapa mertua di kampung tanpa menimbulkan kekecohan. Yusri juga
sentiasa memberi galakan kepada Iman supaya berjaya dalam peperiksaan dan pidato.
Perwatakan 4: Setia kawan
Iman dan Pei Wen saling menyokong dan
berkongsi luahan perasaan. Iman
menjemput Pei Wen makan nasi di rumah datuk neneknya justeru Pei Wen awalnya
enggan berhadapan dengan ibu tiri.
Perwatakan 5: Pemaaf
Iman sanggup memaafkan Linda walaupun
dirinya pernah dikasari dan diperlakukan sebagai musuh oleh Linda.
Perwatakan 6: Cekal / gigih / berani / bersungguh-sungguh
Iman tidak tergugat walaupun nota
persediaan dan kad imbas rujukan pidatonya hilang secara misteri. Iman tidak
mudah mengalah dengan dugaan itu.
Perwatakan 7: Tabah / Sabar / Tidak mudah putus asa
Walaupun ayahnya menyatakan dia telah
menemui calon isteri pengganti ibunya, Iman masih berharap dia dapat menyatukan
kembali ibu bapanya. Iman juga akur akan nasihat Cikgu Julia supaya menghormati
kehendak ibu bapa sebagai anak yang solehah.
Latar masyarakat
Masyarakat yang tegas
Iman enggan menarik diri daripada
pertandingan pidato walaupun disesak oleh Linda. Kejadian dia ditolak jatuh
oleh Linda tidak melemahkan semangatnya untuk menyerah kalah.
Masyarakat yang berterus terang
(gunakan huraian dalam perwatakan 2 di
atas)
(Cara
menulis latar masyarakat ==> masyarakat yang + perwatakan); huraian
menggunakan peristiwa yang sama.
Latar tempat
Rumah datuk nenek Iman
ruang dapur: Iman bersama-sama Pei Wen
makan nasi bersama-sama
bilik Iman: Iman meletak gambar ibu dan ayahnya yang
sudah berpisah /
tempat Iman menyiapkan
tugasan sekolah /
tempat Iman membalas e-mel
ibunya dengan menggunakan komputer riba
pangkin / bawah pokok: Pei Wen bercerita tentang tekanan perasaan
akibat sikap ibu tirinya
Sekolah
bilik darjah tingkatan 1 Dinamik:
Cikgu Julia memperkenalkan Adif Danial
ruang tandas: Pei Wen ternampak Iman
menangis selepas dituduh mempengaruhi rakan sekelas oleh Linda. Pei Wen
berusaha menenangkan rakan karibnya itu.
dewan sekolah: berlangsung
pertandingan pisato antara Iman dan Linda bagi memilih wakil sekolah
Port Dickson: Yusri membawa Iman,
datuk dan nenek untuk makan-makan sebelum memaklumkan hasratnya untuk berkahwin
dengan Sofia.
Latar masa
Pagi
Sabtu: Iman menerima panggilan telefon daripada ayahnya / membantu datuknya
membersihkan reban ayam / kawan-kawan Iman datang ke rumah menjemput Iman
membuat latihan pidato di sekolah
Waktu
rehat di sekolah: Iman memberitahu Zulkarnain tentang cadangan ayahnya hendak
berkahwin dengan ibu Adif Danial.
Tengah
hari: majlis kenduri kesyukuran di rumah datuk Iman atas kejayaan Iman
dalam pertandingan pidato dan
pelajaran
Waktu
petang: Iman dan Zulkarnain berkunjung
ke banglo datuk Adif Danial bagi meredakan keadaan tegang antara Iman dengan
Adif Danial. Reaksi Adif begitu dingin.
Malam:
Yusri membuat pengakuan kepada Iman bahawa keluarga mereka akan bersatu semula.
Yusri juga mahu mengajak Iman, datuk dan nenek menziarahi Ruhaida yang sedang
belajar di New Zealand.
Nilai
Tegas diri / ketegasan (gunakan
peristiwa perwatakan 1)
Kasih sayang (gunakan peristiwa 3)
Setia kawan (peristiwa 4)
Kegigihan (peristiwa 6)
Ketabahan (peristiwa 7)
Persoalan
Ketegasan dalam menyatakan pendirian
(peristiwa 1)
Kasih sayang dalam keluarga /
persahabatan
Semangat setia kawan dalam persahabatan
/ ketika susah dan senan
Sikap pemaaf menjernihkan keadaan
Kegigihan / kecekalan / kesungguhan
dalam menghadapi cabaran hidup
Ketabahan / kesabaran dalam menempuh
dugaan / ujian
Persoalan
Ketegasan dalam menyatakan pendirian
(peristiwa 1)
Kasih sayang dalam keluarga /
persahabatan
Semangat setia kawan dalam persahabatan
/ ketika susah dan senang
Sikap pemaaf menjernihkan keadaan
Kegigihan / kecekalan / kesungguhan
dalam menghadapi cabaran hidup
Ketabahan / kesabaran dalam menempuh
dugaan / ujian