The Great

WELCOME...

Saturday 17 March 2012

literature essay


LITERATURE ESSAY
MUHAMMAD RUSHDY BIN ROSSTAM
3 CEMERLANG
        Based on the novel ‘the Railway Children’ by Edith Nestbit, there are many moral value that I got.
       Firstly, we need to be brave. In this novel, the character that had showed her braveness is Bobbie. Bobbie is as brave as lion. One day, as usual, the children went to their usual place to do their routine. Suddenly, a landslide happened there and blocked the railway line. The children wanted to save the train that they came out with an idea. Peter took a knife from his pocket and cut his two sister’s red petticoats to make flags to stop the train. When the train approached, Bobbie thought the train will not stop as it kept coming, so she took the flag on the railway line and waved them on the railway line. The train did stop. Bobbie’s bravery had made the train stopped and saved many people’s life. We should be brave like her.
       Secondly, we should not steal things that not belong to us. Peter had done a wrong thing. One night, Peter and his sister went to the railway station to take some coal from the large heap of coal beside the station. They did that because mother told them they could not have coal in June. When Peter was busy filling up his bag with coals, the station master came out and caught him. Peter thought nobody would mind if he took some from the middle of the heap, but he was wrong. The stationmaster advised him and Peter promised not to do it again.
       Lastly, we should be responsible. In this novel, mother is responsible to her children. When father went away with the two man to somewhere else, mother took care of the children. She took the children to the country to solve the money problem. She wrote stories to gain money because father was away and they had no money to buy food. Mother take the bull by its horn herself. We should be like her.
       For the conclusion, those are the moral values that I got from the novel ‘ the Railway Children’.

Sejarah


PRODUK TEMPATAN
DI NEGARA KITA
PERUSAHAAN CENCALUK
DI TANJUNG KELING, MELAKA
NAMA            : MUHAMMAD RUSHDY BIN ROSSTAM
KELAS            : 3 CEMERLANG
SEKOLAH      : THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR
NAMA GURU : EN. SAIFULIZAN


SENARAI KANDUNGAN

     TAJUK                                                                                         HALAMAN

1)      Penghargaan
2)      Objektif Kajian
3)      Kaedah Kajian
4)      Hasil Kajian
5)      Rumusan
6)      Lampiran
7)      Rujukan





PENGHARGAAN

       Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik Anand bin Baharuddin, Pengetua The Malay College Kuala Kangsar kerana telah memberi kebenaran dan sokongan untuk menjalankan kajian ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Saifulizan selaku guru subjek Sejarah yang telah banyak memberi panduan dan bimbingan kepada saya sepanjang pembikinan folio ini.

      Selain itu, saya juga ingin mencurahkan penghargaan yang tidak terhitung jumlahnya kepada kedua-dua ibu bapa saya yang telah banyak memberi sokongan moral serta membiayai segala kos yang diperlukan bagi menyipkan tugasan ini. Tidak lupa juga ribuan terima kasih ditujukan kepada rakan-rakan saya yang membantu saya dalam perkongsian maklumat dan pemberian panduan tambahan. Tanpa bantuan individu-individu di atas, tidaklah selesai tugasan yang cukup bermakna ini buat saya.





OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Kajian yang dijalankan ialah supaya pelajar dapat :-

1)      Mendefinisikan konsep dan jenis produk tempatan di negara kita.
2)      Menghuraikan dan menjelaskan maklumat asas produk tempatan.
3)      Menghuraikan dan menjelaskan latar belakang produk tempatan.
4)      Menyatakan dan menjelaskan kaedah atau cara penghasilan produk tempatan.
5)      Menyatakan dan menjelaskan perkembangan produk tempatan.








KAEDAH KAJIAN

     Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, pelbagai kaedah telah saya gunakan dan praktikkan sepanjang proses pengumpulan bahan dan maklumat. Antara kaedah yang telah saya gunakan ialah melalui pemerhatian. Saya telah melakukan pemerhatian yang cekap terhadap kawasan,aktiviti,kemudahan serta sebagainya yang terdapat di pekan Kuala Sg. Baru, Masjid Tanah, Melaka. Saya telah melakukan pemerhatian selama beberapa hari di kawasan kajian semasa cuti sekolah.

    Selain itu, saya turut melakukan rujukan terhadap kawasan kajian , iaitu pekan Kuala Sg. Baru, Masjid Tanah, Melaka melalui beberapa individu- individu sukarela yang sanggup menemu bual bersama saya. Saya telah berjaya mendapatkan maklumat tambahan berkaitan sejarah, latar belakang serta pelbagai maklumat dan panduan tambahan tentang kawasan kajian melalui kaedah ini. Individu- individu  tersebut  telah banyak membantu sepanjang proses pengumpulan maklumat bagi menyiapkan tugasan ini.




HASIL KAJIAN
1.      Maklumat asas produk tempatan

        Pada cuti sekolah penggal pertama yang lepas, saya telah membuat penyelidikan berkenaan dengan produk tempatan. Produk tersebut merupakan cencaluk dan terdiri daripada kategori makanan. Syarikat yang menjadi kajian saya ialah syarikat Norisma Sdn. Bhd. Yang terletak di Sungai Udang, Alor Gajah, Melaka.
       Saya memilih untuk mengkaji produk ini kerana lokasi kajian produk ini terletak berhampiran dengan rumah saya iaitu 23 km dan mengambil masa kira-kira 15 minit untuk ke sana. Syarikat yang menghasilkan produk ini sangat berbesar hati untuk berkongsi maklumat tentang syarikat mereka kepada saya.
       







2.      Latar belakang produk
        Cencaluk ialah sejenis lauk dalam hidangan tradisional Melaka. Oleh sebab ia dibuat daripada udang halus yang lebih dikenali sebagai udang geragau, cencaluk mengandungi kandungan protein yang tinggi.
        Kebiasaannya, udang geragau ini sukar didapati. Di negeri Melaka, udang ini boleh didapati pada musim tertentu di Pantai Klebang, Limbongan, Tanjung Kling dan beberapa kawasan pesisiran pantai yang lain.
          Melaka bukan sahaja terkenal dengan kesan peninggalan sejarahnya yang menarik lagi unik, malah tidak ketinggalan juga dari segi makanannya yang amat lazat lagi menyelerakan. Apabila kita menyebut mengenai makanan yang terdapat di Melaka, pasti kita akan teringatkan cencaluk.
        Mengikut kepercayaan lama yang telah menjadi kata-kata senda gurau pula, kononnya jika pada hari perkahwinan seseorang itu, hujan turun sepanjang hari, maka dikatakan bahawa mempelai suka makan cencaluk. Namun itu semua hanyalah cerita lama.
         Makanan ini yang suatu ketika dulu dipelopori oleh masyarakat Melayu di Melaka kini lebih digemari oleh semua lapisan masyarakat, bukan sahaja di tempat asalnya, malahan sudah melangkaui sempadan Malaysia. Ia juga menjadi satu keperluan atau lauk semasa menikmati hidangan nasi dan ada juga yang menjadikan petai atau jering sebagai ulam semasa memakan cencaluk.
         
          Kini, perusahaan membuat cencaluk semakin mendapat tempat di kalangan penduduk di beberapa kawasan di negeri Melaka. Kerajaan negeri sendiri sudah menetapkan kawasan Dewan Undangan Negeri Kawasan Sungai Udang sebagai kawasan mengeluarkan cencaluk di dalam rancangan 'Satu DUN Satu Produk'.
          Selain itu, cencaluk juga kini mudah diperolehi menerusi penjualan yang terbuka seperti di tepi jalan raya serta di pasar-pasar sekitar negeri ini. Bagi mereka yang melalui pesisiran kawasan Tanjung Kling ke Sungai Udang, pasti akan dapat melihat deretan gerai yang menjual cencaluk dan juga belacan.













3.      Proses membuat cencaluk

       Proses pembuatan cencaluk memerlukan beberapa kaedah untuk membuatnya dan ia perlu dilakukan dengan teliti bagi memastikan mutu serta kualiti cencaluk itu sedap dirasa apabila dimakan.
Bahan- bahan yang diperlukan:
-          Udang geragau atau udang kapas
-          Garam
-          Air
-          nasi
      Udang geragau yang segar, iaitu tanpa direndam dengan air, akan dicampurkan dengan garam, dan sedikit nasi, iaitu sama seperti bahan- bahan untuk membuat belacan. Setelah ketiga-tiga bahan sudah menjadi sebati, ia seterusnya akan dimasukkan ke dalam sebuah bekas, iaitu pasu, guri atau tempayan kecil. Pasu dan tempayan kecil itu kemudiannya ditutup dengan kain bersih untuk diperam selama tiga hari. Ada juga pembuat cencaluk yang menambahkan sedikit air didih nasi bagi menambah kesedapan cencaluk.
      


        Apabila cencaluk sudah diperam dan sesuai untuk dimakan, ia boleh disedapkan lagi sewaktu dimakan sebagai lauk dengan nasi melalui dua cara:
-           cencaluk dicampur dengan lada basah dan bawang besar yang dihiris. Kemudian ia akan dicampur dengan perahan limau nipis atau limau kasturi; ataupun

-          cencaluk dicampurkan dengan sedikit lada basah dan sehiris dua halia, kemudian digoreng dengan telur.














4.      Perkembangan produk

          Produk cencaluk ini sudah banyak diusahakan sekiar kawasan Melaka dan menjadi makanan utama penduduk tempatan apabila tibanya hari kenduri terutamanya kenduri kahwin. Selain itu, cencalok juga popular dalam kalangan penduduk kerana tekstur rasanya yang sedap dan menepati citarasa. Kebanyakan pengguna menjadikan cencalok sebagai lauk selain boleh dijadikan kuah dan perasa tambahan bagi masakan seperti nasi goreng, mee goreng dan lain- lain lagi.

Friday 16 March 2012

folio geografi pmr 2012


PERNIAGAAN RUNCIT PASAR MALAM
DI
PEKAN KUALA SG.BARU
78200 KUALA SG. BARU, MELAKA

NAMA                       : MUHAMMAD RUSHDY BIN ROSSTAM

KELAS                      : 3 CEMERLANG

SEKOLAH                : THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR

NAMA GURU           : CIK SITI MARIAM



SENARAI KANDUNGAN

     TAJUK                                                                                         HALAMAN

1)      Penghargaan
2)      Pendahuluan
3)      Objektif Kajian
4)      Kawasan Kajian
5)      Kaedah Kajian
6)      Dapatan Kajian
7)      Rumusan
8)      Lampiran
9)      Rujukan
10)    Bukti ( borang soal selidik, tembu bual dan surat-surat
          yang  berkaitan )


PENGHARGAAN

       Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik Anand bin Baharuddin, Pengetua The Malay College Kuala Kangsar kerana telah memberi kebenaran dan sokongan untuk menjalankan kajian ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cik Siti Mariam selaku guru subjek Geografi yang telah banyak memberi panduan dan bimbingan kepada saya sepanjang pembikinan folio ini.

      Selain itu, saya juga ingin mencurahkan penghargaan yang tidak terhitung jumlahnya kepada kedua-dua ibu bapa saya yang telah banyak memberi sokongan moral serta membiayai segala kos yang diperlukan bagi menyipkan tugasan ini. Tidak lupa juga ribuan terima kasih ditujukan kepada rakan-rakan saya yang membantu saya dalam perkongsian maklumat dan pemberian panduan tambahan. Tanpa bantuan individu-individu di atas, tidaklah selesai tugasan yang cukup bermakna ini buat saya.





1
PENDAHULUAN

       Saya telah memilih untuk membuat tajuk kajian tentang perniagaan runcit iaitu pasar malam yang  diadakan  pada setiap malam Jumaat, Sabtu dan Ahad di Pekan Kuala Sg. Baru, Masjid Tanah, Melaka.
       Saya memilih tajuk ini kerana sumbangan saya dalam mempromosikan kegiatan perniagaan runcit di sini sangat diperlukan untuk menjadikan tempat ini sebagai salah satu tempat tumpuan pembeli seterusnya menkomersialkan tempat ini sebagai tempat yang menarik.
        Saya menjalankan kajian ini semasa cuti persekolahan penggal pertama. Kajian ini mengambil masa seminggu iaitu dari 12 Mac sehingga 18 Mac. Saya menulis laporan kajian ini secara individu berdasarkan maklumat yang dikumpulkan secara individu dengan bantuan beberapa pihak yang lain seperti keluarga dan rakan-rakan. Laporan kajian ini berjaya disiapkan dalam masa 3 bulan iaitu dari bulan Mac sehingga bulan Mei.





2
OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Kajian yang dijalankan ialah supaya pelajar dapat :-

1)      Mendefinisikan konsep dan jenis perniagaan runcit di pasar minggu pekan Kuala Sg. Baru.
2)      Menghuraikan dan menjelaskan kepentingan perniagaan runcit di pekan Kuala Sg. Baru.
3)      Menghuraikan dan menjelaskan faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit  di pecan         Kuala Sg. Baru.
4)      Menghuraikan kesan negatif perniagaan runcit di pekan Kuala Sg. Baru.
5)      Mencadangkan langkah untuk mengurangkan kesan kesan negatif perniagaan runcit di pekan Kuala Sg. Baru.
6)      Memupuk nilai mencintai alam sekitar dan meningkatkan semangat bekerjasama untuk mengatasi masalah kesan negatif perniagaan runcit di pekan Kuala Sg. Baru.




3
KAWASAN KAJIAN

       Kajian ini telah dijalankan di pekan Kuala Sg. Baru, Masjid Tanah, Melaka. Kawasan ini telah dibuka sejak dari  tahun 1992 dan masih dibuka sehingga sekarang. Pasar minggu ini diadakan pada setiap hari sabtu bermula 5.00 petang  hingga 1.00 malam. Pelbagai barangan dijual seperti barang runcit, sayur- sayuran, makanan, minuman, kelengkapan diri, aksesori dan lain-lain.
        Lokasi pasar minggu ini  ialah di pekan Kuala Sg. Baru, Masjid Tanah, Melaka. Pekan Kuala Sg. Baru ini mempunyai bentuk muka bumi yang rata dan menggalakkan tumpuan penduduk dalam perumahan. Pekerjaan utama penduduk ialah dalam sektor perniagaan dan sesetengahnya menjalankan perindusrian asas tani secara kecil- kecilan.
      Lokasi kawasan kajian ini terletak 21 kilometer dari Bandar Masjid Tanah, mengambil masa kira- kira 15 minit dan 19 km dari tempat tinggal saya, mengambil masa kira- kira 13 minit.





4
PETA KAJIAN

1) Lukis Peta Daerah / Zon Batu Pahat
i)  Tajuk dan Bingkai  [1 m ]
ii) Nama kawasan kajian dan arah mata angin [ 1 m]
nota : tandakan kawasan kajian
2) Peta Pekan Parit Sulong
( pelajar diminta melukis peta kawasan kajian tempat mereka menjalankan kajian) = kena lukis sendiri dan lengkapkan dengan
i) Tajuk dan Bingkai  [1 m]
ii) Arah mata angin dan petunjuk [ 1 m]
iii) Simbol Piawai [ 1 m ]
iv) Kekemasan dan kesempurnaan peta [ 1 m ]




5
 KAEDAH KAJIAN

     Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, pelbagai kaedah telah saya gunakan dan praktikkan sepanjang proses pengumpulan bahan dan maklumat. Antara kaedah yang telah saya gunakan ialah melalui pemerhatian. Saya telah melakukan pemerhatian yang cekap terhadap kawasan,aktiviti,kemudahan serta sebagainya yang terdapat di pekan Kuala Sg. Baru, Masjid Tanah, Melaka. Saya telah melakukan pemerhatian selama beberapa hari di kawasan kajian semasa cuti sekolah.

    Selain itu, saya turut melakukan rujukan terhadap kawasan kajian , iaitu pekan Kuala Sg. Baru, Masjid Tanah, Melaka melalui beberapa individu- individu sukarela yang sanggup menemu bual bersama saya. Saya telah berjaya mendapatkan maklumat tambahan berkaitan sejarah, latar belakang serta pelbagai maklumat dan panduan tambahan tentang kawasan kajian melalui kaedah ini. Individu- individu  tersebut  telah banyak membantu sepanjang proses pengumpulan maklumat bagi menyiapkan tugasan ini.




6
DAPATAN KAJIAN

8.1  Konsep dan jenis perniagaan runcit di kawasan kajian

       Menurut buku teks perdagangan tingkatan empat, perniagaan runcit ialah perniagaan yang menjalankan urusniaga menjual kepada pengguna terakhir dalam kuantiti yang sedikit untuk kegunaan penggna dan pembeli. Jenis perniagaan runcit yang terdapat di kawasan kajian ini ialah perniagaan runcit kecil-kecilan sahaja. Sebagai contohnya perniagaan secara lambak terhadap barang mainan, sayur- sayur borong dijual dengan kadar harga yang berpatutan dan sesuai dengan keadaan ekonomi penduduk dan barang makanan yang menepati citarasa penduduk sekitar ada dijual.







7
8.2  Kepentingan perniagaan runcit di kawasan kajian

     Melalui pembukaan kawasan perniagaan ini, ia dapat menyediakan peluang pekerjaan dan seterusnya memperbaiki ekonomi penduduk sekitar dari dilanda kemiskinan atau pengangguran. Perniagaan pasar minggu ini dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada peniaga-peniaga kecil. Sebagai contohnya, peniaga di pasar yang menjual barang- barang mentah dapat menggiatkan lagi penjualan mereka melalui pasar malam yang diadakan ini. Selain itu, pemborong  juga dapat menghabiskan jualan mereka melalui pasar malam yang diadakan ini.
     Selain daripada isu ekonomi, pasar malam yang diadakan ini dapat meningkatkan taraf hidup atau pendapatan penduduk. Perniagaan pasar minggu ini dapat memberi peluang kepada peniaga untuk menjalankan kegiatan jual beli dengan lebih giat lagi.
      Kepentingan pasar malam ini juga ialah dapat memudahkan penduduk sekitar membeli barangan. Pasar malam ini menyediakan pelbagai barangan dan pembeli tidak perlu ke bandar Masjid Tanah yang jaraknya jauh dan penduduk kurang kemudahan untuk ke sana. Selain itu, ia dapat menjimatkan masa dan kos yang diperuntukkan oleh penduduk untuk ke Bandar utama iaitu banda Masjid Tanah, Melaka.
       Seterusnya, membolehkan penduduk tempatan memasarkan barangan jualan mereka. Pasar minggu ini memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk memasarkan barangan yang telah dicipta dan sedia untuk dipasarkan melalui pasar malam ini.

8
       Di samping itu, pasar mala mini dapat menyediakan barangan- barangan mentah yang segar. Pasar minggu ini menjual barangan yang segar seperti ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan dengan harga yang berpatutan.
        Saya bersyukur kerana melalui pemantauan yang telah saya jalankan bagi menyelesaikan tugasan ini, saya telah dapat mengetahui tentang kepentingan pembukaan pasar malam di pekan Kuala Sg. Baru terhadap pelbagai pihak. Tambahan pula, ia membuatkan saya sedar tentang betapa pentingnya pembukaan pasar malam di pekan Kuala Sg. Baru ini terhadap penduduk sekitar.










9
8.3 Faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit di kawasan kajian

       Melalui pemanauan saya sepanjang penyelidikan terhadap kegiatan pasar malam ini, saya telah mendapat beberapa faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit di kawasan kajian saya ini. Faktor pertama yang mempengaruhi perniagaan runcit di kawasan kajian ini ialah governan. Kerajaan telah menyediakan tapak-tapak perniagaan kepada peniaga yang ingin menjalankan perniagaan.
      Seterusnya ialah faktor modal yang kecil. Pasar minggu ini tidak memerlukan modal yang besar. Kebanyakan peniaga mengeluarkan modal yang kecil antara RM 200 – RM 300 untuk berniaga di pasar minggu ini dan hasilnya, keuntungan yang berpatutan dapat diperoleh oleh peniaga.
       Faktor yang ketiga ialah faktor infrastruktur dan kawasan yang stratergik. Terdapat pelbagai infrastruktur yang disediakan oleh governan dalam mengembangkan kawasan ini. Antaranya ialah tapak perniagaan yang selesa dan strategik, tempat meletakkan kenderaan yang luas dan tempat pembuangan sampah yang sistematik.
        Pertambahan penduduk merupakan faktor yang keempat. Tahun ke tahun, tempat ini semakin mengembang maju dan menggalakkan pertambahan penduduk. Kebiasaannya pasar minggu ini menjadi tumpuan penduduk untuk membeli belah. Ini disebabkan oleh bilangan penduduk di kawasan ini yang semakin bertambah dan majoritinya terdiri daripada golongan sederhana.
10
       Saya bersyukur kerana melalui kajian yang telah saya lakukan, saya telah mempelajari faktor-faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit di kawasan kajian. Kajian ini telah menyebabkan saya sedar bahawa pentingnya untuk masyarakat menggunakan peluang untuk meningkatkan taraf ekonomi diri sendiri bagi menjadikan wawasan 2020 menjadi kenyataan.













11
8.4  Kesan negatif perniagaan runcit di kawasan kajian

       Ketika melaksanakan kerja kursus ini, terdapat beberapa kesan negatif yang telah dikenalpasti. Pertamanya ialah masalah social dalam kalangan penduduk sekitar. Pasar minggu ini menjadi tempat pelajar sekolah berlepak dan melakukan perbuatan yang sumbang seperti berpegangan tangan dan memakai pakaian yang kurang sopan.
        Selain itu, persaingan dengan kedai runcit tempatan. Kebanyakan kedai runcit menjual barangan- barangan dari jenis dan kualiti yang sama dan ini telah menyebabkan persaingan antara kedai runcit. Keadaan ini boleh menyebabkan rasa tidak puashati kerana pelanggan kedai runcit tempatan akan kehilangan pelanggan dan akibatnya mereka akan mengalami kerugian.
        Di samping itu, terdapat pencemaran yang berlaku di kawasan ini. Kebiasaannya selepas habis berniaga, persekitaran kawasan pasar minggu ini akan dipenuhi dengan sampah sarap. Hal ini disebabkan oleh sikap pengguna dan peniaga yang tidak bertanggungjawab menjaga kebersihan kawasan sekeliling.
         Kesan negative yang keempat ialah masalah kesesakan lalu lintas. Masalah kesesakan lalu lintas sering berlaku kerana pengunjung suka meletakkan kenderaan mereka sesuka hati. Kenderaan kecil seperti motorsikal pula senang- senang sahaja ditunggang oleh pengguna untuk melalui laluan gerai- gerai di kawasan ini.


12
       Saya bersyukur kerana melalui penyiapan tugasan ini, saya telah dapat mengetahui tentang kesan-kesan yang timbul daripada pembukaan kawasan ini. Hal ini menimbulkan rasa prihatin dalam diri saya sebagai seorang rakyat Malaysia untuk menjaga tingkah laku dan kebersihan kawasan ini.













13
8.5 Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Negatif Perniagaan Runcit di Kawasan Kajian

       Kita telah sedia maklum tentang kesan-kesan yang timbul akibat daripada gangguan ekosistem hutan. Berikut merupakan cadangan yang saya fikirkan terbaik bagi mengatasi masalah ini daripada terus berlaku tanpa kawalan.
       Pertamanya ialah penguatkuasaan undang- undang. Pihak berkuasa hendaklah mengenakan denda dan hukuman yang berat kepada peniaga dan pengguna yang tidak bertanggungjawab ketika menjalankan kegiatan menjual beli.
        Keduanya ialah pengawalan harga. Kerajaan perlulah sentiasa memantau dan mengawal harga barangan yang dijual. Selain itu, harga barangan mengikut skala bolehlah diletakkan di kawasan perniagaan tersebut.
       Ketiganya ialah mengadakan kempen kesedaran. Kempen yang diadakan boleh gunakan risalah seperti menampal poster dan banner bagi memberi kesedaran kepada pengunjung dan peniaga.
      Saya berasa sangat bebangga terhadap diri saya kerana saya dapat menyumbangkan cadangan saya bagi mengatasi masalah kesan negetif yang berlaku di kawasan kajian ini. Saya juga dapat menyedari akan kepentingan mencegah diri saya daripada terjebak dengan gejala negative di kawasan kajian ini.

14
Bahan Grafik

- Pelajar boleh memilih untuk menggunakan dua bahan grafik  :-

i)  Jadual
ii) Carta Pai
iii) Peta  Minda
- Bahan grafik boleh diletakkan di mana-mana aspek dapatan kajian yang sesuai.








15
RUMUSAN

      Rumusan yang dapat saya buat melalui kajian ini ialah perniagaan runcit pasar malam ini banyak memberi manfaat kepada peniaga dan pengunjung. Peniaga yang menjalankan kegiatan mereka di sini dapat menambah pendapatan seterusnya menstabilkan ekonomi mereka mereka manakala pembeli dapat membeli barangan keperluan harian dengan mudah dan dapat menjimatkan masa.
       Saya telah dapat merumuskan kajian yang saya lakukan ini dengan baik dan teliti. Saya juga dapat menerapkan unsur nilai murni dalam diri saya terhadap kegiatan perniagaan runcit di pasar malam di pekan Kuala Sg. Baru ini.








16
LAMPIRAN

    Surat pengenalan diri calon
    Surat kebenaran membuat kajian
    Surat makluman kepada ibu bapa/penjaga
    Surat kebenaran ibu/bapa penjaga
    Borang soal selidik
    Gambar / foto yang berkaitan
    Bahan daripada pelbagai sumber seperti majalah, surat khabar dan internet







17
RUJUKAN

1)      Buku Teks Perdagangan Tingkatan Empat.
3)      Internet
     
4)      Orang Sumber
      i) En. Hamdan bin Othman
         No. K/P: 670412- 04- 5648








18
 JADUAL : Jenis Barangan Yang Dijual di Pasar Minggu Pekan Parit Sulong Batu Pahat Johor
1. Jenis Barangan Yang Diperniagakan

Jenis Barangan

Jumlah Gerai

Makanan
14
Minuman
10
Buah- buahan
2
Pakaian- kasut/ baju/ seluar/ kain
4
Ayam/ daging/ ikan
3
Sayur- sayuran
5

Catatan : Daripada jadual di atas pelajar boleh membina graf bar untuk menunjukkan jenis barangan yang   diperniagakan di pasar minggu pekan Parit Sulong.





19
2.  Kesan Negatif Perniagaan Runcit Pasar Minggu di Pekan Kuala Sg. Baru, Melaka.

Kesan

(X)

Masalah sosial
X
Persaingan dengan kedai runcit tempatan
X
Pencemaran
X
Kesesakan lalulintas
X
Wabak penyakit

Harga tanpa kawalan
X
Barangan tidak berkualiti
X
Pembaziran ( masa/ wang)


PETUNJUK
( X ) - Ada

           


20